Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang ke blog rasmi Shahir Zawawi & Kelab Peminat Shahir Malaysia

What's New

Vote for Shahir on ABPBH2011.
Get Your Berita Harian Copy To Vote Today!!!

SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player
Posted on Thursday, December 22, 2011

Terima kasih sekalung budi untuk Ikram Muzammil atas perkongsian cerita pengalamannya bersama Shahir & KPSM. Love u Ikram =)

Gerak gempur ABPBH yang lalu membabitkan penglibatan saya secara aktif dalam menyokong kerjaya seni Shahir. Alhamdulillah berkat kerjasama dari semua pihak terutamanya dari pihak ShahirZoners. Shahirianz dan Kelab Peminat Shahir Malaysia, Shahir berjaya memenangi trofi pertama beliau di ABPBH bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular.  Selain daripada terlibat dalam gerak gempur, saya juga berpeluang bercuti bersama Shahir di Singapura. Turut serta dalam pengalaman manis ini ialah ahli-ahli ShahirZoners dan wakil ahli Shahirianz. Lawatan ke Universal Studios Singapore yang ditaja oleh Era FM sememangnya memberikan kenangan terindah buat diri saya kerana berpeluang bercuti bersama Shahir yang sememangnya sentiasa menceriakan suasana. Pengalaman yang diperolehi di sana sangat berharga kerana melakukan pelbagai aktiviti bersama Shahir. Paling diingati ialah sewaktu beramai-ramai meredah hujan di dalam Universal Studio Singapore untuk mencari tempat berteduh. Memang kelakar bila diingatkan kembali detik-detik tersebut. 


Kata Ikram lagi:
Dua idola ini mempunyai pengaruh yang kuat pada diri saya untuk tahun 2011.
Terima kasih Ikram ke atas ikram anda... jazakallahu khairan...

Read More
Posted on Friday, December 16, 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam penuh hormat buat semua peminat-peminat Shahir yang masih sudi singgah di sini. Alhamdulillah, kami di pihak Kelab Peminat Shahir Malaysia sangat-sangat menghargai atas kesudian kalian semua yang masih setia bersama kami bagi menyokong Shahir. Mandat yang diberi bukanlah satu kebanggaan tetapi satu amanah dan kita Alhamdulillah kita masih bersatu atas minat yang satu.

Setelah lama tidak mengemaskini laman blog ini (sibuk dengan Facebook agaknya... hehe), Alhamdulillah sekali lagi kami diberi peluang dan ruang untuk terus mengkhabarkan sesuatu di sini, juga menyiapkan layout yang baru dalam masa sehari (walaupun layout free... huhuhu).

Syukur... syukur... syukur, biarpun sebelum ini Shahir pernah menghilangkan diri beberapa kali (tak usah diterangkan lagi), masih ada peminatnya yang setia menanti (samalah seperti kami, terima kasih).. Buktinya di separuh akhir Muzik Muzik 26 dan konsert reunion akhir AF yang lalu, masih menebal minat kita semua kepada Shahir... Alhamdulillah.

Tentang gosip atau sebarang insiden yang tidak diingini yang kerap berlaku seperti akaun FB palsu Shahir af8, kisah cinta terbaru... semua itu hanyalah gosip. Jadi iktibarnya, kita jangan mudah percaya sesuatu yang belum lagi tentu kesahihannya. Dengar sendiri daripada mulut Shahir, baru kita menilai... okey?

Okeylah, seterusnya tentang Kempen Gempur Undi ABPBH 2o11 untuk Shahir, harap semua peminat yang masih meminati Shahir pangkah-pangkahlah nama beliau untuk dua kategori yang mana Shahir tercalon iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Lelaki Popular. Jom gempur mengundi.

Tentang blog yang selalu sunyi ditinggalkan, saya (eh tadi kami.. hehe) yang diberi mandat menjaga blog ini sangat-sangat memohon maaf kepada anda semua yang ternanti-nantikan sebarang kemaskini disini. Barangkali ada yang tidak mempunyai akaun FB atau Twitter, yang mana hanya menerima saluran daripada blog ini, dengan rasa rendah hati, sekali lagi saya memohon maaf. Faktor masa memang sering menjadi pergelutan dalam hidup kita sehari-hari, lebih lagi saya juga sedang mengemaskini laman web yang masih tergendala dan sudah sebulan dalam mood maintainance. Maaf ye... ;)

Okeylah, sampai di sini sahaja dahulu... InsyaAllah selepas ini saya tidak akan mengabaikan lagi blog ini (azam baru tahun baru ;p) dan juga based2 yang lain seperti Twitter dsbnya. Teruskan menyokong Shahir... Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!!!

Salam Ikhlas,
Team KPSM
Read More
Posted on
For immediate release: To all fans, we are currently on our way to updating the layout for this blog page. The updating progress is no other means other than to serve you better in terms of our policy, which is to provide something interesting for your eyes while keep gaining the news about Shahir. Sorry for any inconvenience.

For any Shahir's updates, in a meantime, please go to our Facebook pages (just search for Kelab Peminat Shahir Malaysia [KPS]) or our Twitter @ShahirFC. The website and blog will be coming soon!!

Love,
Team KPSM.
Read More
Posted on Wednesday, August 24, 2011

Jemput masuk ke website



Kad Raya Shahir & KPS 2011

Read More
Posted on Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum wbt,

PERCAYA PADA KUASA FITNAH ? Kami tahu ini belum keluar dari mulut empunya badan .... maka kami selitkan di sini, sekadar untuk pembacaan anda semua, anda yang membacanya, nilailah sendiri dengan pancaindera dan hati yang telus ... InsyaAllah ketemu jawapannya...

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN:



Untuk tatapan sekali lagi:

DARI FACEBOOK KAMI:

Status:

Salam pagi Ramadhan ke-6, angin yang bertebaran membawa seribu satu kisah yang belum tentu sahih dan pasti juga mungkin ianya benar2 terjadi, kami tahu dan kami pendamkan biar apa pun pengakhirannya nanti, biar ia berhenti dengan keindahan yang abadi ... Apa yang termampu dan terdaya, kita memanjat doa dan munajat kepadaNYA , mohon dipermudahkan untuk insan ini melaluinya , sama ada kisahnya bersambung atau menemui noktah, setiap manusia berhak menentukan hala tuju tanpa ada suara2 yg membantah ... siapalah kita untuk menidakkan kerja Tuhan , dan sering melemparkan kata2 yang barangkali tersalah tafsir dan melawan ketentuan ... SELAMAT BERSAHUR BUAT SEMUA UMMAT YG MERAIKAN RAMADHAN TAHUN INI ... Wallahualam - Admin MZ & Team KPSM


Dengan 43 Like setakat ini

Komen:

  • You and 42 others like this.
    • Farah Aqilah i ♥ shahir
      14 hours ago ·
    • Anita Poy Mia selamat bersahur admin..
      14 hours ago ·
    • Syam Haizal Shamsuddin Indah sungguh kata-kata nie I LIKE... Harap2 media dpt membaca dan memahaminya... Agar mereka berhenti membuat bermacam -macam speculasi yg bukan-bukan
      13 hours ago · · 2 people
    • Ami Peugeot Sama2 kita memohon kepada Allah SWT supaya urusan kita dipermudahkan sentiasa "rabbi yaseer wa ala aseer ya kareem" InsyaAllah. Manusia sentiasa lupa tentang kalimah "kun fa ya kun" :)
      12 hours ago · · 1 person
    • Rien Shahz W'apa pn kami ttp skg che amat, w'pn bnr ape yg di ctkn kami redha dgn ketentuan thn. Andai x bnr kami msh m'alu2kn che amat dlm industri hbrn ini.. Ape jua kptsn che amat adalah yg t'baik..
      11 hours ago ·
    • Saleha Jalil As salam. Apa shj keputusan yg terbaik buat Shahir, kami sekeluarga sokong. Ada sape2 yg bangkang? Hehehe! :-).
      6 hours ago ·
    • Noraini Hj Baharuddin sedih betul ... apa2 pun doa yg terbaik buat Shahir.. yg pasti musti ramai yg rsa terkilan kan ..
      5 hours ago ·
    • Nurul Ain Kami disini sabar & setia menantimu Shahir....Tabahlah menghadapi apa jua rintangan ye, insyallah di bulan ramadhan yang mulia ini penuh keberkatan...Amin!
      5 hours ago · · 1 person
    • Aina Basyira smoge shahir bijak merencana mase dpn...berfikirlah dgn tenang..istiqamah..dn berilah satu kputusan yg paling sempurna....insyaallah doa kami bersamamu dn moge ALLAH mngasihi dn mrahmatimu..Amin..hoi3..
      2 hours ago · · 1 person

Wallahualam...
Che Ahmad Hoi Hoi Hoi
-Team KPSM (Admin MZ)
Read More
Posted on Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga anda semua menjalani ibadah puasa dengan sempurna, diberkati dan diredhai Allah SWT.

Salam sayang,
Ahmad Shahir Bin Zawawi, Zawawi Bin Abdullah, Mahanum Binti Osman, Safuan Zawawi, Suaidah Zawawi, Syahmi Zawawi, Keluarga Besar Di Perak, Dato' Zainol Fadzi sekeluarga, En. Abdul Ghani, En. Rani, En. Rizal, Helmi Basir, Nazirah Johan, Hartini Azmi, Mastura Mohamed Rashid, Kamarolzaman, Daeng Fazidah, Dhanie Razali, Ahmad Faishah Abd Ghani, Ahmad Farhan Abd Ghani, Siti Nabila Nordin & Mohd Zaim Abd Murad
Read More
Posted on Saturday, July 16, 2011


Love,
Shahir & Team KPSM
Read More
Posted on Thursday, July 14, 2011

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
(Edry Abdul Halim/ KRU Studios/ AESB)


LIRIK Verse1: Tak perlu ucapkan sepatah kata / Kerna lantang terbaca dari muka/ Kau dan aku sudah tiada keserasian dijiwa/ Mungkin magisnya sudah hilang/ Verse2: Tak perlulah kita mencuba lagi/ Betulkan kesilapan perhubungan ini/ Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan/ Manakah agaknya cinta kasih/ Chorus: Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh/ Yang dulunya mekar disinar suria/ Bila sudah kering pasti akan gugur/ Seperti cinta kita yang jelas ternyata/ Semakin lama semakin rekah/ menimbulkan tanya apa mungkin kita temu kebahagiaan dalam perpisahan/ Verse3: Tiap titis airmata kau tangiskan/ ku dah cukup menampung selautan/ Begitu lama kupendam tapi hanya berdiam/ Kerna cuba menafi realiti/ Ulang Chorus


LUAR BIASA (Audi Mok/ Zel Fhirdaus)


LIRIK: Verse1: Seandainya mengalir di sini/ Yang sejernih apa yang terkunci/ Pastinya di dalam diari// Bagai latensi, hati ke hati bersemadi/ Prechorus: Segala/ Senyumanmu mengusikku/ Oh mengapa/ Tak terhidu kucupanmu berlagu merdu/ Chorus:Luar biasa/Lambda senja suria /Padamu/Lalu menusukku/ Luar biasa/ Suara/ Siksa membisu/ Akhirnya membunuhmu/ Verse2: Hidup ini puas di penuhi// Yang sesali tiada berganti/ Natijah rasa dizahiri/ Bagai dimensi, dan hipokrasi berselari/ Bridge: Ku tanpa kata/ Tanpa rela/ Biarkannya/ Jatuh ke riba/ Takkan pudar/ Kisah kita/ Nyata dirasa/ Nyata di matanya/ Chorus additional: Lalu menusukku/ Luar biasa/ Penjara/ Siksa sengsara/ Dikucupnya venus. Maafkan lah diriku

Read More
Posted on Wednesday, June 29, 2011
001/ KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
002/ LUAR BIASA
003/ DIA YANG KAU PILIH
004/ CERITA KITA
005/ PENDAM

* Kebahagiaan Dalam Perpisahan & Luar Biasa AVAILABLE for mobile download at Music Unlimited.

Listen to all leaked single now at website. Log on to shahirfc.webs.com!!

Love,
Shahir & Team KPSM
Read More
Posted on Saturday, May 21, 2011
HAPPY FIRST ANNIVERSARY SHAHIR
22 May 2010 - 22 May 2011

:: Leave your special message for Shahir HERE
Read More