SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player


Assalamualaikum w.b.t dan salam penuh hormat buat semua peminat-peminat Shahir yang masih sudi singgah di sini. Alhamdulillah, kami di pihak Kelab Peminat Shahir Malaysia sangat-sangat menghargai atas kesudian kalian semua yang masih setia bersama kami bagi menyokong Shahir. Mandat yang diberi bukanlah satu kebanggaan tetapi satu amanah dan kita Alhamdulillah kita masih bersatu atas minat yang satu.

Setelah lama tidak mengemaskini laman blog ini (sibuk dengan Facebook agaknya... hehe), Alhamdulillah sekali lagi kami diberi peluang dan ruang untuk terus mengkhabarkan sesuatu di sini, juga menyiapkan layout yang baru dalam masa sehari (walaupun layout free... huhuhu).

Syukur... syukur... syukur, biarpun sebelum ini Shahir pernah menghilangkan diri beberapa kali (tak usah diterangkan lagi), masih ada peminatnya yang setia menanti (samalah seperti kami, terima kasih).. Buktinya di separuh akhir Muzik Muzik 26 dan konsert reunion akhir AF yang lalu, masih menebal minat kita semua kepada Shahir... Alhamdulillah.

Tentang gosip atau sebarang insiden yang tidak diingini yang kerap berlaku seperti akaun FB palsu Shahir af8, kisah cinta terbaru... semua itu hanyalah gosip. Jadi iktibarnya, kita jangan mudah percaya sesuatu yang belum lagi tentu kesahihannya. Dengar sendiri daripada mulut Shahir, baru kita menilai... okey?

Okeylah, seterusnya tentang Kempen Gempur Undi ABPBH 2o11 untuk Shahir, harap semua peminat yang masih meminati Shahir pangkah-pangkahlah nama beliau untuk dua kategori yang mana Shahir tercalon iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Lelaki Popular. Jom gempur mengundi.

Tentang blog yang selalu sunyi ditinggalkan, saya (eh tadi kami.. hehe) yang diberi mandat menjaga blog ini sangat-sangat memohon maaf kepada anda semua yang ternanti-nantikan sebarang kemaskini disini. Barangkali ada yang tidak mempunyai akaun FB atau Twitter, yang mana hanya menerima saluran daripada blog ini, dengan rasa rendah hati, sekali lagi saya memohon maaf. Faktor masa memang sering menjadi pergelutan dalam hidup kita sehari-hari, lebih lagi saya juga sedang mengemaskini laman web yang masih tergendala dan sudah sebulan dalam mood maintainance. Maaf ye... ;)

Okeylah, sampai di sini sahaja dahulu... InsyaAllah selepas ini saya tidak akan mengabaikan lagi blog ini (azam baru tahun baru ;p) dan juga based2 yang lain seperti Twitter dsbnya. Teruskan menyokong Shahir... Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!!!

Salam Ikhlas,
Team KPSM

Categories: