SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player

About Shahir

Ahmad Shahir Zawawi
Updates


BIODATA
Nama penuh: Ahmad Shahir Bin Zawawi
Nama panggilan/ Nama pentas: Shahir
Tarikh lahir: 5 September 1988
Tempat lahir: Hospital Besar Ipoh, Perak
Pendidikan Tertinggi: Pengajian Asasi di Pusat Asasi UIAM, Kuala Lumpur
Instrumen: Suara
Album: Kompilasi AF8 Hits, Kompilasi Hangatnya Raya
Single: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Tiba, Luar Biasa, Pendam
Filem: Karak
Drama: Lawaknya Fantasia Raya, Cer Citer Cinta
TV Show: Diariku Shahir
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia Musim ke-8, Ikon Belia Negeri Perak 2010, Duta Brand's Generasi Hebat, Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
PERSONAL

Ahmad Shahir Zawawi berasal dari Kampar, Perak lahir dalam keluarga yang sentiasa berserdahana. Merupakan anak sulung kepada pasangan En. Zawawi Abdullah dan Pn. Mahanum Osman, Shahir terbiasa dengan kehidupan yang penuh keserdahanaan bersama-sama 4 lagi adiknya yang lain Nur Hamizah, Ahmad Safuan, Nur Suaidah dan Ahmad Syahmi. Sebagai abang sulung Shahir ternyata punya rasa tanggungjawab dan penuh kasih sayang terhadap adik-adiknya lebih lebih lagi apabila Nur Hamizah meninggal dunia ketika baru berusia tiga tahun. Shahir menerima berita tersebut dengan penuh rasa sedih kerana beliau dan adiknya sangat rapat. Seorang yang sangat pemalu namun agak nakal. Minatnya dalam bidang seni mula timbul apabila sering diperdengarkan kaset nyanyian nasyid oleh ustazahnya di sekolah rendah. Dikurniakan akal yang cerdas seiring dengan bakat suara yang besar, Shahir dihantar ibunya ke kelas mengaji al-Quran dan hasilnya Shahir mampu membaca dan menghafaz dengan baik malah lebih dari itu apabila beliau sangat berbakat dalam bertaranum. Dalam diam, Shahir juga menyimpan impian untuk bergelar bintang di masa depannya.



SELANGKAH KE BIDANG SENI



Menghabiskan pengajiannya di tahap sekolah rendah, Shahir melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Selain terlibat secara aktif di dalam sukan, Shahir terus melebarkan minatnya dalam nyanyian apabila sering menyertai pertandingan nasyid dan bertaranum. Shahir pernah mewakili negeri Perak dalam pertandingan bertaranum. Selain itu, Shahir juga aktif menyertai sebuah kumpulan nasyid di Tapah dan sering mengadakan persembahan sekitar Perak. Sehinggalah Shahir menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di mana Shahir menjadi pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Shahir di intai Sufian, ketua kumpulan nasyid yang tidak kurang popularnya di Malaysia, Saujana. Bersama Saujana, Shahir pernah merasai pengalaman mengadakan persembahan di atas pentas. Namun, jodoh Shahir bersama Saujana tidak panjang apabila belum sempat merakamkan sebarang suaranya untuk album studio, Shahir mengundur diri dari Saujana atas sebab-sebab tertentu. Shahir, yang mengagumi Syed Mokhtar al-Bukhari kembali ke Kampar dengan cita-cita yang besar untuk menjadi usahawan apabila ingin membuka sebuah pusat futsal di kampungnya. Dalam menempuh cita-cita itu, Shahir telah lebih belajar erti kehidupan apabila berbagai dugaan menimpanya seperti ditipu sehingga hilang motor kesayangannya, bersusah payah bagi meneruskan impiannya dan sebagainya.

Detik Bergelar Bintang



Awal 2010, Shahir nyata nekad membuat satu perubahan besar dalam hidupnya. Dalam diam, Shahir menyertai uji bakat Akademi Fantasia Musim ke-8 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pemergiannya ke uji bakat tersebut tidak diketahui langsung oleh keluarganya. Ternyata rezeki berpihak kepada Shahir kerana biarpun pertama kali menghadiri ujibakat tersebut, Shahir telah terpilih sebagai 12 finalis untuk AF8. Kehadirannya di dalam Akademi pada awalnya hanya dilihat sebagai pengisi barisan finalis biarpun berbakat besar tetapi sering terlindung di sebalik personalitinya yang pemalu dan kurang menonjol. Detik konsert minggu kelima segala-galanya berubah, hadir dengan potongan rambut baru dan melantukan Anggapanmu nyanyian asal Ziana Zain, Shahir mula meraih perhatian. Minggu seterusnya, kedudukan Shahir mula berada dalam zon selesa. Bagaimanapun, pada minggu ketujuh ramai terkesima seperti tidak percaya bahawa Shahir adalah pelajar seterusnya yang tersingkir dari Akademi. Shahir menerima ketentuan tersebut dengan hati yang terbuka. Mungkin sekali lagi beliau di uji, namun rezeki manusia tiada siapa yang tahu. Terima kasih kepada mentornya Norman KRU yang juga pengetua AF8 merayu kepada pihak Astro untuk mengadakan AFMASUK, iaitu sistem undian untuk memasukkan semula pelajar yang sudah tersingkir. Dan pada minggu kelapan, seperti ramalan ramai, Shahir akhirnya dimasukkan semula dengan 60 peratus undian AFMASUK berpihak kepada Shahir.



Minggu kesembilan menyaksikan taring sebenar Shahir sebagai seorang penghibur. Shahir yakin melontarkan vokal sekaligus menampilkan bakat persembahan pada tahap yang maksimum, Shahir dijulang peminat dengan undian yang tinggi ketika menyanyikan Tak Mungkin Berpaling dan Tamaaly Maak. Untuk konsert final, ternyata benar telahan dan tekaan ramai peminat apabila Shahir diumumkan sebagai Juara AF8. Di sinilah detiknya Shahir bergelar Bintang!

Terus Bersinar



Kemenangannya di dalam AF8 membuka sinar baru dalam hidup Shahir. Sebutir bintang telah dilahirkan. Mampukah sinar tersebut kekal untuk jangka waktu yang panjang? Setelah mengungguli AF8, berkat restu ibu dan keluarga, usaha yang gigih serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat meletakkan Shahir pada kedudukannya kini. Lagu-lagunya laris, seperti Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang menjadi lagu kegemaran ramai sehingga meletakkannya sebagai finalis Anugerah Juara Lagi ke-25.



Duta terbaru kepada Brands Generasi H.E.B.A.T juga ialah Shahir. Dan Shahir kini sedang popular dengan lagu Luar Biasa. Shahir terus membuktikan keunggulannya apabila memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang baru-baru ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands biarpun terlalu banyak gosip yang melanda Shahir kebelakangan ini.

Berbakat luar biasa, punya rupa yang kacak serta mempunyai suara yang digilai ramai, Shahir adalah salah seorang Bintang Baru yang menyerlah di Malaysia. Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!!!

Outdates


BIODATA
Nama penuh: Ahmad Shahir bin Zawawi
Usia: 22 Tahun
Asal: Kampar, Perak
Tarikh Lahir: 5 September 1988
Tempat Lahir: Hospital Besar Ipoh, Ipoh, Perak
Keluarga: Bapa (Zawawi bin Abdullah), Ibu (Mahanum Osman) dan 4 adik (Allahyarham Nur Hasmiza, Ahmad Safuan, Nur Suaidah, Ahmad Syahmi)
Instrumen: Suara
Album: AF8 Hits (Kompilasi)
Pencapaian: Juara AF8, Ikon Belia Negeri, Perak, Duta Brand's Generasi H.E.B.A.T

BIOGRAPHY
Ahmad Shahir Zawawi (Shahir) adalah Juara bagi program realiti No. 1 di Malaysia, Akademi Fantasia Musim ke-8. Pemuda yang berasal dari Kampar, Perak ini mula terlibat di dalam bidang seni dengan aktif menyertai pertandingan nyanyian nasyid sejak bersekolah rendah. Memasang impian untuk bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah, latar belakang agama yang kuat di dalam diri beliau di lihat sebagai tiada penghalang untuk beliau bergelar seorang bintang kerana menurut Shahir, beliau boleh juga menyampaikan mesej dakwah melalui nyanyiannya. Shahir yang dilahirkan pada 5 September 1988 di Hospital Besar Ipoh, Perak ini adalah anak kepada pasangan Encik Zawawi bin Abdullah dan Puan Mahunum Osman. Adik beradik Shahir yang lain ialah Ahmad Safuan Zawawi (18), Suaidah Zawawi (15) dan Ahmad Syahmi Zawawi (14). Ayah Shahir bertugas sebagai seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Geografi di sebuah sekolah di Kampar, manakala ibu Shahir adalah seorang suri rumah dan pengasuh. Beliau yang menamakan sebagai Syed Mokhtar al-Bukhari sebagai idola ini dikenali sebagai seorang yang sangat pemalu dikalangan keluarga dan sahabat handai. Pernah tersingkir di minggu ketujuh di dalam program AF, ternyata sifat merendah diri dan bersopan santun di dalam diri beliau menjadikan sokongan terhadap beliau bertambah kuat selain suaranya yang mantap dan jantan. Buktinya untuk percaturan AFMASUK, Shahir menerima lebih 68% undian sekaligus melayakkan beliau untuk dimasukkan semula ke dalam program AF dan mencipta sejarah sebagai pelajar pertama AFMASUK yang menjadi Juara dengan memonopoli graf undian dengan 44% undian selepas konsert akhir AF. Pernah menyertai kumpulan nasyid Saujana dan bergelar graduan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bekas pelajar SMKA Slim River ini nekad memasuki arena nyanyian Malaysia dengan niat berdakwah dan membantu keluarga. Dengan moto hidup Strive For Mardhatillah, Shahir dilihat sebagai penyanyi baru berpotensi besar untuk mewarnai dan menghangatkan industri muzik yang dilihat sebagai semakin merudum kerana bakat yang dimiliki serta suara dan persembahan nyanyian yang semakin meyakinkan dari hari ke hari selain wajah kacak dan keperibadian yang bersopan santun sebagai bonus kepada Shahir untuk menjadi kegilaan ramai.

MANAGEMENT

ASTRO ENTERTAINMENT SDN. BHD.
All Asia Broadcast Centre
Technology Park Malaysia
Bukit Jalil 57000
Website: http://www.astro.com.my/