SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player

Assalamualaikum semua....

Berkunjung ke bulan Mei pada Kalendar 2011. Mei adalah sesuatu yg boleh disifatkan bulan yang istimewa buat Shahir pada tahun ini...

Mengapa kami mengatakan begitu....

ALHAMDULILLAH ... 22 Mei ini genaplah sudah SETAHUN perjalanan seni SHAHIR usai Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke-8 melabuhkan tirainya pada tarikh yg sama, setahun lalu. Pejam celik, sudah setahun Shahir menceriakan hari-hari anda, tak kurang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan bergelar anak seni. Namun, berbekalkan kecekalan, usaha dan sokongan anda semua (pastinya peminat-peminat kesayangan Shahir), Alhamdulillah semua itu dapat ditempuhinya.

Mei ini juga pastinya satu detik yang mendebarkan buat Shahir apabila filem pertama lakonannya yang menjalani penggambaran hanya beberapa bulan selepas beliau keluar dari AF8 tahun lalu, iaitu KaraK akan ditayangkan secara umum pada 26 Mei nanti, harap Shahir pastinya anda semua akan beramai-ramai memeriahkan panggung bagi menonton filem ini. Biarpun anda pernah menyaksikan lakonan Shahir dalam Telemovie Lawaknya Fantasia Raya, tetapi kami pasti anda teruja untuk menyaksikan dan menilai hasil kerja Shahir untuk lakonan pertamanya (KaraK dijalankan sebelum mana2 produksi drama dll. yg disertai Shahir). Oleh itu jangan lupa, kita meriahkan panggung beramai-ramai pada 26 Mei nanti...

Berkenaan aktiviti Shahir pula, layari laman web rasmi Shahir di http://shahirfc.webs.com untuk mengetahui jadual terkini Shahir. Sehingga bertemu lagi di lain waktu. Jumpa di KaraK nanti ... hehe

Che Ahmad Hoi Hoi Hoi

Leave a Reply