SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player



Salam semua, nak cerita... tahniah kepada pemenang-pemenang peraduan Saya, Shahir dan KaraK yang telah diadakan di Facebook baru-baru ini. Semua pemenang-pemenang akan berpeluang menonton tayangan perdana KaraK bersama-sama Shahir dan Yusry KRU pada 29 April ini di AEON/ Jusco Cheras Selatan jam 9/9.30 pagi. Terima kasih kepada KRU Studios. Tahniah semua dan selamat menonton!!!






Okey nie pulak pasal laman web, kami akan melancarkan laman web rasmi Shahir dengan rupa baru seiring dengan perjalanan majlis Hi-Tea bersama Shahir pada 30 April ini. Hi-Tea tersebut akan bermula pada jam 2.00 petang. Selamat datang kami ucapkan pada peminat-peminat semua yang akan menghadiri majlis tersebut dan sekali lagi ucapan Selamat Datang kami alu-alukan kepada anda kerana ada peminat yang datang ke majlis ini merupakan ahli terbaru berdaftar secara rasmi bersama Kelab Peminat Shahir Malaysia. Semoga anda semua bergembira menikmati majlis yang temanya santai ... memang santai habis, lebih-lebih lagi ala-ala di tepi pantai ... hehe, insyaAllah ada kejutan-kejutan menarik dari Shahir dan kami pada hari itu nanti... Apa kejutannya? Nantikan.... Kepada yang tak berpeluang untuk bersama-sama kami pada kali ini, jangan bimbang dan jangan sedih, insyaAllah ada lagi peluang di lain waktu.

Itu dululah update dari kami. InsyaAllah, kalau ada apa2, akan kami uar-uarkan di sini, di website serta facebook dan twitter. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. kami benar-benar menghargainya dan hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa dan budi baik anda kepada kami selama ini.

Akhir kata,
Che Ahmad Hoi... Hoi... Hoi...!

One Response so far.

Leave a Reply