SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player


Salam semua

Masa terus berjalan dengan pantas, dimana kita semua sudah menjengah bulan pertama 2011. Admin mohon maaf andai tidak dapat mengemaskini blog ini sebelum ini, juga meletakkan ucapan Selamat Tahun Baru dari Shahir di sini sepertimana yang dipaparkan di laman web dan facebook KPS.

Apapun, admin serta seluruh pihak KPS Malaysia termasuk Shahir ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua dan semoga apapun azam anda tahun ini akan tercapai, insyaAllah.

Berkenaan AJL25 tempoh hari, biarpun pulang dengan tangan kosong tetapi Shahir sebenarnya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk komposer lagu, serta peminat2 semua. Namun apalah kuasa Shahir untuk melawan takdir dan rezeki Tuhankan? Sudah tertulis rezekinya hanya sebagai finalis. Apapun, Shahir nyata terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi serta tidak henti-henti dari anda semua. Terima kasih semua.

Sekarang bercerita pula tentang ABP, alhamdulillah, Shahir tercalon sebagai Top 5 untuk dua kategori iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Saingan dari calon-calon lain agak sengit, tapi insyaAllah jika kita semua bergabung dan bersatu, InsyaAllah Shahir akan meraih kemenangan besar pada malam ABPBH 2010 nanti. Admin lihat Shahir ada potensi besar untuk menang kerana tercalon bagi dua kategori sekaligus memudahkan kita untuk memenangkan beliau untuk anugerah utama Bintang Paling Popular. Tapi ini juga (tercalon 2 pencalonan) bukan bererti kita boleh duduk diam dan goyang kaki, kerana sekali lagi diingatkan calon2 saingan Shahir bukan calang-calang terutama untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular di mana Shahir bersaing dengan Aizat, Faizal Tahir, Black dll. Jadi, jomlah kita ye, beramai-ramai terus gempur undi untuk Che Ahmad dan moga kemenangan berpihak kepada beliau malam itu. InsyaAllah... amin amin amin.

Hmm... admin rasa sampai sinilah dulu update terbaru dari pihak KPS. Oh ya, untuk promosi tahun baru, segalanya masih diteruskan, jadi rajin2lah ke laman Facebook kami untuk bertanya berkenaan promosi, insyaAllah kami akan membantu.

Salam semua, Che Ahmad Hoi Hoi Hoi... Strive for mardhatillah!

Categories:

One Response so far.

Leave a Reply