SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT bagi merasai nikmat Aidilfitri sekali lagi pada tahun ini. Syukur sekali lagi saya panjatkan kepada-NYA kerana memberikan rezeki yang tak terhingga buat saya meraikan Aidilfitri pada tahun ini.

Buat peminat-peminat tersayang dan juga umat Islam di seluruh dunia, juga sesiapa saya yang mengenali saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Penghargaan khusus kepada Kelab Peminat Shahir yang di tunjangi Abang Helmi serta seluruh AJK hingga Penaung - Dato' Zainol Fadzi bin Hj. Paharudin, pengurusan Astro Entertainment Sdn. Bhd, keluarga tercinta - Mak, Abah dan adik-adik, sanak saudara, sahabat handai dan setiap individu yang menjadi erti dan makna yang cukup besar di dalam kelancaran karier saya.

Alhamdulillah, jalan saya dipermudahkanNya dan sering diiringi doa anda semua. Terima kasih seikhlas dari hati saya. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan anda semua di dalam menyokong perjalanan karier saya.

Moga kita bertemu lagi pada lain waktu. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat anda semua.

Salam Lebaran, Ahmad Shahir Zawawi

Categories:

2 Responses so far.

  1. SaLAm...
    SAlam AidilFitRi buAt aHmad ShAhiR ZawaWi...
    SemoGA LEbaraN KAli iNi MEmBErikAn MAknA yAng BEr ErtI DAlam kehiDUpan kita SemUa
    SemoGA SuatU HAri NAnti Kita Akan Bertemu juA....
    (^_^)

  2. Miss !nk says:

    Salam kpd admin. Paper cutting Shahir dalam Media Hiburan ada. Yang Shahir jadi cover untuk majalah AstroView tu taka ada? Ada 4 pages coverage in the September issue.

Leave a Reply