SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player



























KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2010: Kempen Brand's Generasi Hebat semakin bertambah hebat dengan penyertaan juara Akadaemi Fantasia 8, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir menerusi bakat serta ketrampilannya sepanjang program realiti TV terbitan Astro yang populartu diadakan tidak lama dulu.
Dengan menyertai rakan-rakan seperjuangan yang muda lagi berbakat sepertinya iaitu Hafiz yang penuh bertenaga; Choo Hou Ren yang berkaliber serta Akim dan Aril daripada AF7, Shahir akan sama-sama menyakan kempen Generasi Hebat yang bertujuan menyeru semua warga Malaysia untuk merealisasikan potensi masing-masing demi mencapai kegemilangan, tanpa mengira usia.
Menerusi kempen ini, Brand's bertekad untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerap sifat seperti Handal, Explorasi, Boleh, Aktif dan Tekun yang merupakan ramuan utama dalam melahirkan generasi baru Malaysia yang sentiasa berjuang untuk merealisasikan potensi masing-masing dan mempertingkatkan daya saing di persada dunia.
Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Koh Joo Siang berkata, kejayaan Shahir memberi inspirasi kepada orang ramai kerana beliau amat berbakat, berfikiran terbuka, berazam dan bersemangat tinggi.
"Oleh itu, beliau amat ideal dilantik sebagai duta kempen Brand's Generasi Hebat ini. Kami amat berbesar hati dengan penyertaan Shahir dalam pasukan Generasi Hebat, dan tidak lama lagi, beliau akan muncul di kaca TV, media cetak dan iklan BRAND'S® Generasi Hebat. Melalui kempen ini, kami juga akan membuka peluang untuk mempromosikan Shahir dan kerjayanya," tambah Koh.
Shahir akan menampilkan diri dalam projek Generasi Hebat buat kali pertama sempena kempen Ramadhan, di mana Brand's akan mempromosikan saripati ayam sebagai sebahagian daripada santapan sahur untuk memberi kecerdasan mental and fizikal kepada para muslimin and muslimat sepanjang musim puasa.
Brand's merupakan satu-satunya jenama pati ayam di pasaran yang telah berjaya membuktikan keberkesanannya melalui 21 kajian saintifik. Kajian menunjukkan perkaitan langsung antara pengambilan BRAND'S® saripati ayam dan peningkatan kecerdasan minda dan kesihatan fizikal.
Para peminat Shahir boleh turut bergembira pada musim perayaan aidil fitri ini dengan mendapatkan CD "Hebat", kompilasi hit terhangat artis Akademi Fantasia dengan lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" yang dipopularkan olehnya.
CD tersebut, yang disertakan dalam setiap pek promosi Brands's, saripati ayam (42gm x 6) turut menampilkan lagu-lagu popular AF oleh Hafiz, Aril, Akim dan Choo Hou Ren, termasuk lagu pilihan Brand's , Hebat dan Juara. Pek promosi ini boleh didapati di semua pasaraya, pasaraya besar serta kedai farmasi di seluruh negara dengan harga RM24.20.


Source: http://www.murai.com.my/

Categories:

Leave a Reply