SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman web rasmi, blog dan forum rasmi saya mahupun semua peminat yang berkunjung ke Facebook.

Pertama sekali, saya minta maaf banyak-banyak kerana terlewat memberikan mesej khas ini buat peminat-peminat semua. Mungkin ada peminat yang beranggapan saya hanya meluangkan masa di Facebook sahaja, tetapi secara jujurnya pasti saya akan mencuri sedikit masa untuk menjenguk-jenguk di sini, juga laman blog dan forum rasmi kerana pada saya, tanpa peminat siapalah saya. Tentang chat, insyaAllah kalau saya punya masa saya akan selalu berada di Facebook, kerana pernah sekali saya chat di sini, saya jadi keliru kerana mesej-mesej yang dihantar atau direply anda semua terlalu cepat. Jadi bagi mengelakkan adanya peminat yang tersinggung, saya rasa lebih baik peminat tinggalkan mesej di Facebook ataupun ruangan mesej di sini.

Alhamdulillah sekarang kerjaya seni saya semakin bertambah baik, biarpun kebelakangan ini banyak benda yang terpaksa saya belajar dan harungi. Ditambah dengan gosip yang kadangkala melingkari hidup saya, tetapi itulah harga yang saya harus bayar dalam usaha saya untuk bergelar penghibur. Alhamdulillah, terima kasih kepada keluarga tercinta, ahli-ahli Shahir FC dan peminat yang tersayang semua kerana menaruh kepercayaan kepada saya.

"Anda semualah kekuatan saya!"

Updates terbaru pula, saya sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama raya di Melaka yang akan ditayangkan Aidilfitri kelak. Kemudian, Sabtu ini saya akan berada di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral untuk pencalonan Muzik Muzik untuk lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Datanglah beramai-ramai ya! Selepas berada di Muzik Muzik saya akan kembali ke Melaka untuk meneruskan penggambaran drama raya di samping menghadiri kelas lakonan untuk projek filem Karak, merakamkan album solo pertama saya dan seterusnya akan berada bersama 11 bintang Akademi Fantasia Musim Ke-8 untuk Konsert Reunion AF8 pada 25 Julai nanti di Stadium Putra Bukit Jalil.

Untuk Kebahagiaan Dalam Perpisahan (KDP), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat semua kerana menjadikannya Juara Carta Era, No. 2 di HotFm dan khas untuk peminat di Brunei kerana dengar khabar KDP juga telah mejuarai carta lagu di sana. Terima kasih teramat sangat dan besar harapan saya anda menyokong dan mengundi lagu ini di carta-carta berkenaan dan akan datang di Muzik Muzik sekaligus membuktikan sokongan anda terhadap industri muzik tempatan.

Saya noktahkan coretan daripada saya di sini. Moga kita terus menyokong antara satu sama lain. Oh ya, sebelum terlupa jangan lupa juga untuk terus menonton Diariku Shahir di Astro RIA.

Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!

Categories:

16 Responses so far.

  1. dayana says:

    sabar dan tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang..
    semoga anda berjaya dlm kerjaya anda sebagai penghibur..dan jaga nama baik keluarga..=)

  2. Hye Shahir, sy akn slaloo mendoakan kebahagian dan kejayaan Shahir di dlm bidang hiburan nih. Smuge Shahir trus tabah menghadapi segale cabaran yer..

  3. salamz...semoga shahir terus success dlm bidang seni nie..tetap'n iman, teguh'n pendirian dan jangan sekali2 shahir alpa dgn bahana keduniaan nie ingat jua pada yang Satu itu ( penciptaMu ) semoga ALLAH melindungi mu selalu...Amin...

  4. maisara says:

    shahir....
    wat yg tbaek ea...
    kteowg akn sokong shahir dr blkng =)
    go shahir!! hehe

  5. myaamirah says:

    nak lagu wanita.. hehe

  6. saya telah membeli majalah sensasi..

    with the cover of u n adira..
    awesomeness..

    will support u forever..hehe

  7. nor says:

    Salam Shahir...

    Bila la dpt jmpa shahir ni eekk...:)

    Semoga success dlm kerjaya...xyah fikir nk brcintan cintun dulu...fokus pd kerja..then bru leh success cm Dato Siti...all the bst to u.

  8. leng zhi , always be my babe "chaiyok" I love that song ^^

  9. shahir,
    glad 2 meet u at klcc..

    neway,dunno lak u r my junior in Cenfos..bila nak dtg uia kuantan wat shooww~..ehe.all de best for ur future..t8care..;)

  10. salam adinda SHAHIR...

    harapan akak agar adik berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi p jgn lalai n alpa pd perintahNYA ok.. "manusia sering kealpaan, kelalaian pula kerana kesenangan, sering2lah muhasabah akan kehidupan, jdkn Al-Quran sbg panduan"....

    jg diri, hiasi peribadi, jg nama baik kluarga, jgn halalkan yg haram, jgn t'lalu leka dgn duniawi n b da best among da best... rezeki di tgn ALLAH...

    wasalam...

  11. amys says:

    shahir sukalah tgk penampilan shahir skrang yg lebih fresh dan muda, yelah..org tu kan bru 22 thn..hehe..sy tgk majalah maskulin. Wah!! macho beb..suka..suka..

    cepat2lah kuarkan album, x sabar nak beli nih

    Yg seronoknya, skrang ni gambar shahir byk betol di cover majalah, tp rasenye majalah yg plg best dan sweet majalah remaja dan sensasi..hehe comelnya kamu dgn adira

    ~pasangan paling comel~

  12. Rose says:

    cuba gandingkan shahir dan heliza...nmpak cam sweet jer...i like..

  13. aq perasan sgt..kblkgn ne,,muka shahir n adira jd cover kebykn majalah hiburan..kuat btl penangan korg be2 ya...apa2 pn,,sukses sllu ye shahir..teruskan usaha...^_^

Leave a Reply