SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player





Salam n Holaa semua,

First of all, admin nak minta maaf buat semua bloggers kerana lambat update cerita tentang program hari belia tempoh hari. Majlis tersebut berjalan lancar dan meriah sekali. Seramai 32 org peminat Shahir dari merata Malaysia menyertai rombongan bas ke Teluk Intan. Bas bertolak pada jam 9.30 pagi dan tiba di sana pada jam 12.30 tghari. Setibanya di Arena Square, president Shahir FC dan ajk-ajk lain telah datang ke bas untuk memberi ucapan ringkas tentang aturcara majlis dan mengucapkan salam perkenalan kepada semua peminat. Peminat2 kemudian ke booth Shahir FC di Arena Square untuk membeli cenderahati Shahir FC. Pelbagai cenderahati yang dijual di booth Shahir FC, antaranya adalah t-shirt, mug, topi, payung, keychain, note book dan mcm-mcm lagi. Pada jam 3petang, penantian peminat Shahir berakhir apabila Shahir datang ke booth FC untuk bertemu peminatnye. Memandangkan masa tidak mengizinkan, Shahir hanya dapat berada sekejap sahaja di booth kerana beliau akan membuat persembahan pula. Shahir menyanyikan 2 buah lagu iaitu Always be my baby dan single terbarunya Kebahagiaan dalam perpisahan. Selepas itu, Shahir telah dilantik sebagai ikon belia negeri Perak. Tahniah kami ucapkan buat Shahir. Semoga beliau memegang tanggungjawab itu dengan sebaiknya. Selepas selesai majlis tersebut, peminat-peminat yang menyertai rombongan bas itu telah diberi kejutan oleh FC dengan membawa Shahir naik ke atas bas. Shahir mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sanggup datang dari jauh antaranya dari Johor Bahru, Negeri Sembilan, dan Pahang. Shahir turut menyanyikan lagu Kebahagian dalam Perpisahan buat peminat-peminatnya. Setiap peminat diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama Shahir.Terima kasih buat semua peminat yang menyertai rombongan tersebut dan tidak lupa juga buat peminat yang sudi hadir ke majlis tersebut. Kami krew Shahir FC mengharapkan agar peminat-peminat Shahir berpuas hati dengan program yang telah kami aturkan. Semoga kenangan ke Teluk Intan itu memberi seribu makna buat kalian. Teruskan menyokong Shahir dan FC. Wasalam


Che Ahmad hoi hoi hoi tetap dihati


p/s: Nantikan gambar dan video Shahir yang bakal di 'upload' di FB dan youtube Shahirfc.

Categories:

7 Responses so far.

  1. Unknown says:

    suke sangantt. thanks to the crews for giving us a change to meet shahir personally... really appreciate it... Luv u all, Luv Shahir Forever.... mmg trharu dgn kejutan yg diberikan... :)

  2. admin, ade program terbaru sila update ye.. ;)

  3. Anonymous says:

    that was the best day ;)

  4. ein says:

    nmpk je cm best tp hakikatnye utk fc jeh.. pminat yg dtg arena square nk brsama shahir langsung x diendahkan.. ramai peminat shahir x berpuas hati dgn atucara yg dilakukan oleh shahir fc.. terlalu mnyekat.. kalau utk fc, buatlah activity laen.. bg la pluang pminat2 shahir yg laen, yg x join fc.. spatutnye hal ini lebih peka sbb pminat lah yg mngundi shahir..

  5. ein says:

    mintak maaf ckp mcm tuh.. tetapi as pminat shahir jugak ianye utk kebaikan fc, shahir & pminat.. moga fc lebih peka & lebih baek di masa hadapan.. chaiyok2!!

  6. Shahir FC says:

    Firstly, terima kasih atas teguran yg diberikan. Admin, selaku ajk fc ingin memberi penjelasan sedikit ttg isu ini. Utk pengetahuan saudara ein, Fc adalah terdiri dr para peminat Shahir sendiri. mereka juga adalah peminat biasa yg hnya menyertai rombongan bus yg diuruskan oleh FC utk ke event tersebut. Aturcara majlis bukan dibawah pnguasaan pihak FC. Event tersebut adalah event yg dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak dimana slh satu aturcara tersebut adalah utk mengisytiharkan Shahir sbg ikon belia Perak. Oleh kerana itu, event anjuran kerajaan ngr Perak itu telah mendapat kerjasama dari pihak Astro dan juga FC. FC tiada hak untuk menentukan aturcara dan flow majlis. Memang sesi Shahir bertemu peminat2 pada majlis tersebut ada dalam perancangan kami tetap memandangkan pihak Astro kesuntukan masa kerana ada shooting Diariku Shahir slpas itu, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Perjumpaan Shahir bersama peminat di dalam bas hanya sekejap saja dan itu pn selepas tamatnya majlis tersebut dan dgn kebenaran pihak Astro. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Semua ini adalah diluar jangkaan kami. Kami akan memperbaiki kelemahan kami. Yang baik itu dtg dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dtg dr kesilapan kami sendiri. Kami juga berharap agar perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Diharap ein terus menyokong Shahir.

Leave a Reply