SHAHIR'S WIDGET /// Share It With Your Friends


Myspace music player





Satu perjumpaan khas telah diadakan semalam di Lembah Klang bagi memperkenalkan pengerak-pengerak Shahir FC kepada Shahir. Majlis ini telah diadakan secara sederhana di kawasan tertutup dimana ia hanya dihadiri oleh sedara mara Shahir dan orang-orang kuat Shahir FC. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Shahir kerana sudi datang ke majlis tersebut walaupun beliau tidak mendapat rehat yang secukupnya lagi. Selain daripada sesi berkenalan bersama pengerak utama Shahir FC, Shahir juga turut serta 'chat' dalam laman sosial Facebook (Shahir AF8) bersama peminat-peminatnya. Beliau ingin meminta maaf sekiranya tidak dapat membalas semua mesej dari peminatnya kerana beliau hanya mempunyai 30minit untuk 'chatting' di laman sosial tersebut. Disamping melayan permintaan peminat untuk bergambar, beliau turut menyanyi 2 buah lagu iaitu lagu single terbaru beliau - Kebahagian dalam perpisahan dan Anggapanmu pada malam tersebut atas permintaan peminat-peminatnya. Ternyata beliau memang mempunyai vokal yang mantap dan aura yang tersendiri. Teruskan menyokong beliau dan doakan kejayaan Shahir di industri muzik tanah air ya.. Akhir kata Che Ahmad hoi hoi hoi tetap dihati.

Categories:

4 Responses so far.

  1. faradyna says:

    shahir trbaek la..gud luck for ur future undertaking

  2. Ina says:

    Salam. agak terkilan cos masa login FB..shahir dah logout...tp xpa mana tau kot2 Shahir leh luangkan masa tuk dtg online demi peminat2 pd masa akan dtg ..InsyaAllah

  3. salam..aritu mase shahir on9 dgn peminat...x sempat..nak taip...shahir dah log out...tapi x pela...next time arap shahir on9 lagi tok dekat kan lagi dgn peminat..n selalu update blog...

  4. Shahir FC says:

    Insyaallah kalau Shahir dah free nnti, mungkin dia akan join chat bersama fans dia lagi. Sekarang nie Shahir tengah sibuk dengan rakaman diariku Shahir.

Leave a Reply