Showing posts with label Ikram Muzammil. Show all posts

Posted on
Thursday, December 22, 2011
Terima kasih sekalung budi untuk Ikram Muzammil atas perkongsian cerita pengalamannya bersama Shahir & KPSM. Love u Ikram =)
Gerak gempur ABPBH yang lalu membabitkan penglibatan saya secara aktif dalam menyokong kerjaya seni Shahir. Alhamdulillah berkat kerjasama dari semua pihak terutamanya dari pihak ShahirZoners. Shahirianz dan Kelab Peminat Shahir Malaysia, Shahir berjaya memenangi trofi pertama beliau di ABPBH bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular. Selain daripada terlibat dalam gerak gempur, saya juga berpeluang bercuti bersama Shahir di Singapura. Turut serta dalam pengalaman manis ini ialah ahli-ahli ShahirZoners dan wakil ahli Shahirianz. Lawatan ke Universal Studios Singapore yang ditaja oleh Era FM sememangnya memberikan kenangan terindah buat diri saya kerana berpeluang bercuti bersama Shahir yang sememangnya sentiasa menceriakan suasana. Pengalaman yang diperolehi di sana sangat berharga kerana melakukan pelbagai aktiviti bersama Shahir. Paling diingati ialah sewaktu beramai-ramai meredah hujan di dalam Universal Studio Singapore untuk mencari tempat berteduh. Memang kelakar bila diingatkan kembali detik-detik tersebut.
Kata Ikram lagi:
Read More

Dua idola ini mempunyai pengaruh yang kuat pada diri saya untuk tahun 2011.
Terima kasih Ikram ke atas ikram anda... jazakallahu khairan...
Petikan dan gambar dari: http://ikrammuzammil.blogspot.com/2011/12/transkripsi-2011.html